~ be my wonderwall ~

December 31, 2012

2012

beberapa minit lagi tahun 2012 akan meninggalkan tirai tidak lama lagi...
tahun yang penuh dengan warna-warni umpama lukisan tetapi lukisan kehidupan..
macam macam yang telah berlaku..
tapi banyak yang sudah tidak ingat..

Antara yang aku ingat la..

1-aku masuk exam tahun akhir dengan penuh suka duka sampai tidak tahu hendak kata apa

2-tiada lagi pendakap gigi tapi ada retainer

3-bergraduasi dengan jayanya pada november di stadium tertutup nilai yang sungguh tak tahu nak kata apa juga

4-rindu kawan kawan yang dah lama tak jumpa

5- 5 bulan jobless

6- i'm 24 already..oh umur..tapi orang masih fikir saya budak sekolah... haahaa

7-tahun membina badan di rumah

8- saya dah ada kereta sendiri walaupun .......

9- tahun berkenalan dengan orang2 baru...

10- inah dah pergi belajar upm jadi tinggal 2 kanak2 ribena di rumah bersama saya hingga surat kerja sampai..


nampak sangat sikit saja yang ingat, tapi tak apa...

Inshaa Allah..semoga 2013 dimulakan dengan sesuatu yang baik...
tahun mahu menyimpan wang dengan banyak kerana banyak impian untuk dilaksanakan..
antaranya..

1- saya mahu pergi umrah

2- saya mahu kerja cepat..please..

3- nak pergi melancong banyak tempat...

4- nak kawen..hahaha...

5- further study cepat2

Ya Allah permudahkan urusan hamba ..Hanya Kau tahu apa yang terbaik buat diri...

Saya rindu kawan2 saya..setelah 5 tahun bersama..terlalu banyak yang dilalui..terimakasih atas memori2 ini...semoga ketemu lagi..tunggu induksi ya..

semoga 2013 ini permulaan hidup yang lebih baik..ameen

No comments: