"janganlah kamu bimbang andai kamu belum berpasangan tapi bimbanglah andai imanmu berkurangan.
janganlah kamu bimbang andai kamu tak rupawan tapi bimbanglah andai akhlakmu murahan,
kejarlah & carilah cinta ALLAH nescaya andai kamu memperolehinya seluruh makhluk ALLAH akan menyayangimu
9:21 a.m. 5/7/08
wahai puteriku sayang..
jangan risau akan jodohmu kerana puteri yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang puteri yang meruntuhkan imannya.
sesungguhnya lelaki itu pemimpin kepada wanita.
andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa putera yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu...
kerana pada puteri itu pasti ada kekurangannya dan putera yang benar2 layak pasti akan hadir untuk melengkapkan dirimu..
"bila sepasang mata menjadi hadiah, sekumtum senyuman menjadi balasan dan perkenalan menjadi satu permulaan..."
8:14 a.m 20/8/08
"cinta remaja umpama sebiji bawang..semasa bercinta, kita mencari-cari cinta yang mendalam..kita haru mengupas lapisan2 topeng misteri..tetapi kesudahannya, kita akan sedari..tiada apa2 di dalamnya kecuali..airmata"
18:48 p.m 24/8/08
jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman..
jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk keredhaan..
jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenang dosa2 semalam..
jika mereka cintakan kemanusiaan, biar kita cinta ALLAH..
jika mereka mendambakan kehidupan duniawi, kita dambakanlah ukhrawi..
cintailah ALLAH
20:27 p.m 31/08/08
No comments:
Post a Comment